Cuti-Cuti Singapore part 4

Assalamualaikum, hai gang!!

Sambung lepas sampai Johor.

Kat Johor kami stay kat K Hostel. Hostel ni dekat sangat dengan Larkin Sentral.Jalan kaki ja. Cuma hostel ni agak kebelakang jugak la. Kawasan sini mudah ja nak cari kedai makan. Sampai ja hostel, solat semua dulu. 2 orang tu mencekik maggi dulu sebab dah kebulur dah. Kesian depa. Aku dahaga ja. Aku rasa serem je dok hostel ni. Macam sunyi ja. Malam tu pun aku bukan boleh lena. Mungkin letih kot... Tapi okey laa.....

Sesuai la dengan bajet ciput


Perkara pertama kami kena beli tiket bus balik dulu. Bila dah jalan kat area depan, baru la perasan, banyak hotel ja kat sini. Tapi aku search hari tu tak jumpa plak. Tak pa la. Kami beli tiket balik kat kaunter. Tapi aku perasan, boleh ja kalau nak beli tiket online.

Hotel bajet area depan jalan

Hotel bajet

Hotel bajet again


Lepas tu tanya akak kat kaunter surau, dia cakap ada kat atas. Rupanya masjid kot kat atas tu. So mudah la, sebab check out confirm tengah hari.So, kalau kena lepak esok dah tau ada masjid yang dekat and mudah la nak p solat.

Dah beli tiket, mula la pening tak tau nak pergi mana. End up, aku cadang p Kilang Bateri. Macam biasa, amik grab ja senang, haha..


Bukti kami dah sampai


Makan malam kat sini ja. Jalan-jalan pas tu balik la. Balik pun ambik grab jugak. Balik lena ja. 

makan ni ja

tudung tak iron, abaikan
Esok pagi check out, tapi kami minta tumpangkan bag sebab nak ke JPO. Dah tak tau nak p mana. Jalan-jalan ja. Lepas tu balik naik grab. Grab car time balik ni it's quite scary. Maknya ni dia bawak suka hati ja. Aku kat belakang dah berdegup kencang jantung. Nak ja aku cakap, turun la, mai saya bawak.Huh!! Boleh dia p tanya Aq jalan nak balik. Kalau kami tau, kami sewa kereta ja, tak gaduh ambik grab. hmmm

anyway, thanks ya grab car

Tapi nasib sampai jugak. 

Ambik bag gerak p Larkin Sentral la. Lepak sana. Sampai malam. 

boleh beli tiket kat sini

sejuk yaamat tunggu turn

Makan ni ja, share dengan Aq sebab besor

Mahal kalah tiket flight

Nak dijadikan cerita, bus pulak lambat. Nak ja aku sumpah driver bus tu. Tapi, sabarrrrrrr....

Tak silap bus sampai 11pm macam tu, tak berapa ingat (malas nak ingat kejadian malang ni). Bus gerak ke KL, Ipoh Taiping, Butterworth dan seangkatan dengannya la. 


Kami sampai Penang  8am lebih kurang, ambil train sampai Sungai Petani. 

Tamat la sudah. Pergi naik flight, balik , naik keretapi ke Johor, kemudian naik bus ke Penang, naik keretapi ke sungai petani. Hahaha, saja cari pasal.

Nanti aku story pasal hostel kat sana k.

No comments:

Post a Comment